Banyak Meluangkan Masa Di Facebook? Hidup Anda Mungkin Akan Menjadi Lebih Tertekan!
Satu kajian terbaru yang baru sahaja diterbitkan di dalam Jurnal Sosial & Psikologi Klinikal. Menyatakan, kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih tertekan jika terlalu banyak melayari facebook dan membaca status, melihat gambar atau menonton video yang menunjukkan rakan-rakan mereka yang lain sedang bergembira.
Menurut Mai-ly yang membuat kajian tersebut, beliau mengatakan.. “Kebanyakan rakan-rakan Facebook lebih cenderung untuk menyiarkan perkara-perkara baik yang berlaku di dalam kehidupan mereka, manakala perkara-perkara yang buruk di sembunyikan. Jika kita membandingkan diri kita dengan rakan-rakan kita tersebut, ianya boleh membuatkan kita terfikir tentang hidup mereka adalah lebih baik berbanding kehidupan kita, perkara itu menjadikan kita berasa teruk tentang kehidupan yang kita sedang lalui.”
Terdapat dua kajian dilakukan untuk melihat hubungkait perasaan kemurungan dengan facebook. Kajian yang pertama adalah untuk melihat kaitan faktor jantina. Di dapati orang lelaki lebih mudah menghadapi simpton kemurungan disebabkan cuba membandingkan diri mereka dengan rakan-rakan yang lain.
Manakala, kajian kedua pula adalah mengkaji hubungkait tempoh penggunaan facebook dengan simpton kemurungan, dan didapati, lebih lama seseorang itu menghabiskan masa di facebook maka, kadar kemurungan juga akan menjadi lebih tinggi dan bertambah banyak.
Namun begitu, pengkaji dari Universiti Houston itu menyatakan, “Kemurungan tersebut bukanlah disebabkan oleh Facebook, tetapi ianya adalah disebabkan oleh perasan yang suka saling membandingkan. Satu-satunya bahaya yang dibawa oleh facebook adalah, ianya membuka dan memberikan kita ruang yang besar untuk kita bersosial dan mengetahui tentang kehidupan yang dilalui oleh rakan-rakan kita dengan mudah dan terperinci, berbanding dahulu.”
Nasihat terakhir dari pengkaji tersebut, bagi orang-orang yang sedang mengalami masalah emosi dan seringkali suka membuat perbandingan diri, adalah baik untuk mereka, mengurangkan masa menggunakan facebook dan cuba asingkan diri sebentar dari dunia facebook.
sumber wangcyber
0 comments:
Post a Comment