Alya nak kongsikan di kala kehangatan warga Malaysia menceritakan mengenai ais krim, hari Alya nak kongsikan trending dari dulu hingga kini produk makanan berupa ais krim yang ada di Malaysia
1. Ais Krim Motor
Ais krim bermotor ini biasa akan berada di mana-mana kawasan samada perumahan, taman permainan atau tempat2 rekreasi. Selalunya akan menjadi tumpuan bagi anak2 untuk menikmatinya.
2. Ais Krim Roti
Sememangnya ais krim roti ini menjadi satu pujaan bagi semua orang yang menggemarinya. Agak kreatif buatannya kerana menjadikan roti sebagai main food untuk ais krim ini. Selalunya ia dijual oleh penjual menggunakan basikal atau motorsikal
3. Ais Krim Potong
Ais krim potong yang rupanya segiempat panjang juga merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai perisa dan selalunya menjadi hidangan pencuci mulut selepas makan
4. Ais Krim Pong
Semenjak zaman kanak-kanak lagi ais krim jenis ini d panggil pong menjadi kegemaran. Mana taknya bila berdua boleh bahagi dua.
5. Ais Krim Pasu
Viral dan trending ketika ini adalah ais krim pasu. Ais yang diletakkan dalam pasu menjadi trending rakyat Malaysia di tahun ini.
6. Ais Krim Lesung
Ais krim lesung ini lebih kurang saja sama dengan ais krim pasu. Cuma bekas saja yang berbeza dan rasa menikmatinya juga berbeza. Kalau lesung teringat cili, kalau pasu teringat tanah dalam pasu.
7. Ais Krim Kuali
Pun sama halnya dengan ais krim di atas yang mana bekas nya pula diletakkan di kuali. Ada kreatif tak
8. Ais Krim Goreng Gulung
Ais Krim goreng gulung ini pula ianya digoreng atas kuali rata kemudian di gulungkan menggunakan sudu nya dan jadilah ia seperti bentuk popiah bergulung. Anda dah cuba ker?
9. Ais Krim Kelapa
Yeah salah satu ais krim yang unik ada di negara ini. Rasanya betul2 lazat. Bayangkan sambil menikmati ais krim ditambah lagi dengan isi kelapa. Fuiyyohhhhhh. Anda rasalah sendiri.
10. Ais Krim Goyang
Ais Krim Goyang?? Kenapa nama dia ais krim goyang? Kerana cara membuatnya ianya perlu di goyang2. Apa yang di goyang?. Itulah tempat dia di goyang putarkan sehingga ia menjadi ais batang.
11. Ais Krim Goreng
Ais krim goreng sememangnya ais krim yang digoreng terlebih dahulu di dalam kuali dan minyak panas sebelum menikmatinya. Banyak dijual di kedai frozen berjenama. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Hanya panaskan minyak dan masukkan beberapa keping ais krim goreng selama 5 saat dan angkat toskan sedia untuk dimakan.
12.Ais Malaysia
Antara ais krim yang menjadi kegemaran ramai. Ais Krim legend yang menjadi idaman di masa kecil. Harganya 10 atau 20 sen pasti mampu milik. Sesuai menjadi pemenang antara ais krim yang ada di Malaysia
0 comments:
Post a Comment