5 Individu Ini Akan Berkongsi Idea Dan Pengalaman Startup Mereka Di Vocket Talk Siri Pertamaf

Vocket Talk KL merupakan sebuah konferens bahasa Melayu yang dijalankan oleh The Vocket dengan slogan “Inspiring people”. Edisi pertama akan berlangsung pada 18 April 2015 di The Canvas, Damansara Perdana. Edisi pertama akan menampilkan 5 orang personaliti dari 5 buah kumpulan genius yang berbeza. Mereka adalah orang-orang penting dalam startup startup yang mereka terlibat. 

 1. Tuan Muhammad Fazli Bin Ab Latif, atau lebih dikenali dengan nama Kukubesi ini popular dikalangan orang seni fotografi kerana kepakarannya dalam senireka grafik terutamanya memanipulasi foto. Beliau adalah founder Empayar Kukubesi yang menghasilkan pelbagai t-shirt yang menarik. Beliau pernah berkolaborasi dengan KRU Studio bagi menghasilkan poster filem Hikayat Merong Mahawangsa yang telah diiktiraf sebagai poster filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 pada November 2011.



2. Tuan Jaygan Fu Ponnuduraigeneral manager MyTeksi iaitu sebuah startup bernilai 1 billion USD merupakan sebuah aplikasi tempahan teksi terbesar di Asia Tenggara yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia turut dikenali sebagai aplikasi GrabTaxi.

3. Tuan Muhammad Akif Rabbani Ab Rashidfounder Trackback.my merupakan seorang remaja berusia 18 tahun yang memiliki kemahiran mencipta sebuah perisian web yang mampu menjejaki bungkusan atau surat yang dihantar melalui pelbagai syarikat kurier. Kini, beliau bersama ABS Internet PLT sebagai software developer.


4. Puan Noor Inora Putri Noorzainy, founder dan Pengarah Urusan Butik Sincerelybyus (SBU) telah memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan semasa menjadi pelajar di UiTM Shah Alam dengan modal permulaan sebanyak RM500. Kini, beliau berjaya memiliki dua buah butik yang terletak di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi, Selangor.


5. Tuan Mohd Fazreen Jasnifounder The Vocket dan COO ABS Internet PLT adalah orang disebalik tabir yang mahu memulakan startup Vocket Talk KL ini.

Sumber thevocket.com

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment