Syaiful Zero Tangguh Kahwin, Fokus Kerja Bersama Sharif & Atu



Syaiful Zero akui telah menundakan perkawinannya kepada satu tarikh lain kerana mahu fokus kepada kerjayanya bersama dua adiknya iaitu Sharif dan Atu.

Syaiful atau nama sebenarnya Syaiful Doli Sahrif berkata, dia dan adik-adiknya telah sepakat untuk membaiki rumah mereka di Kudat dan membawa ibu menunaikan fardhu haji di Mekah terlebih dahulu.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu,” katanya senyum.

Sementara itu Sharif memanjatkan kesyukuran kerana MLM telah membuka ruang kepada Zero untuk memperbaiki hidup mereka.

“Dahulu kami kerja keras demi keluarga, hari ini pun kami tetap bekerja keras sama seperti dahulu…Insyaallah,” katanya.

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif (Sharif), Mohammad Syaiful Doli Sahrif (Syaiful) dan Sharif Kunal Doli Sahrif (Atu) sebelum ini bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar sebelum menyertai Raja Lawak.

“Kesusahan hidup membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” kata Atu ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 baru-baru ini.

Terbaru, Kumpulan Zero khabarnya bakal membintangi sebuah filem terbitan MIG yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.


Sumber astrogempak

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment