Potong Tangan Kerana Tertagih Internet

CHINA – Gara-gara tidak dapat mengatasi ketagihan terhadap internet, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengambil tindakan drastik, dengan memotong sendiri tangan kirinya.
Remaja itu yang digelar ‘Si Kecil Wang’ telah membawa keluar pisau dari dapur tanpa pengetahuan keluarganya dan kemudian membawa pisau itu ke tempat permainan kanak-kanak.
Dia kemudiannya memotong tangannya dan meninggalkan tangan itu di atas kerusi panjang di situ.
Selepas mengambil tindakan nekad itu, dia terus ke hospital. Doktor bagaimanapun berjaya menyambung semula tangan berkenaan setelah ia ditemui oleh polis.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tangan yang disambung itu dapat berfungsi seperti biasa atau tidak selepas ini.
Dalam pada itu, ibunya yang enggan dikenali berkata, tindakan anaknya itu sukar diterima memandangkan dia seorang anak yang bijak.
“Saya masuk ke dalam biliknya pada pukul 11 malam dan mendapati dia tiada dalam biliknya. Saya kemudian menemui sekeping nota yang tertulis “Ibu, saya ke hospital sekejab. Jangan bimbang. Saya pasti akan balik malam nanti.”

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment