Bandar Mati, Sunyi dan Berhantu?

1.Prypiat (Ukraine):

Dipahamkan Prypiat (Ukraine): telah mulai dikosongkan pada tahun 1986. Punca pengosongan itu berlaku akibat daripada kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear yang mengakibatkan seluruh kawasan tercemar. Akibat insiden itu pihak berkuasa tempatan mengarahkan untuk mengosongkan kawasan tersebut. Untuk membaca lebih lanjut mengenai artikel bandar ini anda boleh merujuk di Chernobyl..




2. ORADOUR-SUR-GLANCE (France)
Oradour Sul Glane di Perancis  merupakan sebuah perkampungan yang kecil yang agak menyeramkan. Ianya terjadi ketika penduduk di serang oleh Tentera Jerman ketika Perang Dunia ke-2. Dipahamkan serangan sepatutnya menyasar ke arah  Oradour Sul Glane tetapi bertukar arah ke kawasan ini pada 10 Jun 1944.  Sehingga ke hari ini kawasan itu kosong dan menyeramkan dan sisanya teguh berdiri sebagai saksi kejadian peristiwa suatu ketika dahulu di kawasan ini.



3. Pulau Gunkan Jima (Jepun)
Pulau yang seram dan kosong ini seirang sebuah kapal perang jika dilihat dari atas pada jarak yang tinggi. Ianya salah satu pulau yang tidak berpenghuni yang terletak 15km dari Nagasaki. Pulau ini digelar “Gunkan Jima” dan dibeli oleh Mitsubishi dan digunakan untuk projek arang batu dari dasar laut. 1959 penduduk mulai bertambah. Ketika perusahaan arang batu merundum dan digantikan dengan minyak tanah pada 1960, keadaan persuhaan menjadi tidak stabil. Dan pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasminya menutup insudtri tersebut dan akhirnya mengosongkan pulau itu. 






 4.Kadykchan ( Rusia )
Kadykchan merupakan satu bandar kecil di Rusia yang musnah ketikan Soviet Union jatuh. Ketika dahulu bandar ini merupakan pusat pertambangan timah yang dihuni lebih dari 10 ribu orang. 



5. Varosha ( Cyprus)
Sebuah bandar resort yang tidak berpenghuni selepas kerajaan Turki menceroboh bandar ini. Dipahamkan sejak 1974 bandar ini telah ditinggalkan oleh penduduk kawasan ini. 

Ketika tentera Turki berkuasa ke atas kawasan ini, mereka telah membuat padar bertujuan tidak sesiapa dibenarkan untuk keluar dan masuk dari bandar ini dengan kebenaran mereka. Setelah hampir 35 tahun kawasan ini tidak berpenghuni menyebabkan hampir keseluruhan bangunan rosak dan tumbuhan liar terdapat di merata kawasan







SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment